PENJAGAAN
1. Murid
hendaklah memastikan buku teks yang diterima dalam keadaan baik dan sempurna
sepanjang masa
2. Murid
hendaklah memastikan buku teks sentiasa
dibalut dengan menggunakan plastic lutsinar.
3. Nama
dan tahun ditulis dalam ruangan yang disediakan dengan menggunakan ballpen
berdakwat biru.
4.Memastikan
buku teks tidak diconteng atau ditulis kecuali buku latihan dan aktiviti
5. Membaik
pulih buku teks yang koyak dan rosak
6. Pada
hari hujan, muris dikehendaki memasukkan buku teks ke dalam beg plastic sebelum
dimasukkan ke dalambeg sekolah
PENGGUNAAN
1. Menggunakan
buku teks secara sepenuhnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di bilik
darjah
2. Buku
teks digunakan sebagai rujukan dalam menyiapkan kerja rumah.
3. Murid
tidak boleh melipat pada mana-mana helaian buku teks, sebaliknya digalakkan
menggunakan penanda buku.
4.Buku
teks dijadikan teman ( instrument/alat) belajar sepanjang masa.
PEMULANGAN
1. Murid
mesti mematuhi jadual pemulangan buku teks yang telah dikeluarkan oleh pihak
sekolah.
2. Murid
diminta memastikan semua buku teks yang hendak dipulangkan mencukupi mengikut
judul dalam keadaan baik dan sempurna.
3. Murid
hendaklah menandatangani Borang SPBT/G
semasa pemulangan buku teks.
PENGGANTIAN
1. Jika
berlaku kehilangan buku teks, maka murid diwajibkan menggantikan dengan buku
teks berdasarkan judul dan jumlah bilangan buku yang hilang.
2. Ibu
bapa/penjaga murid boleh menghubungi Guru Penyelaras SPBT atau Guru Kelas bagi
membincangkan cara pengantian buku teks yang hilang.
PERTUKARAN
1. Murid
yang bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah membawa bersama buku teks dan
buku aktiviti tang telah dibekalkan semasa disekolah lama ke sekolah baru.
2. Murid
yang bertukar ke luar negeri hendaklah membawa bersama buku teks yang diterima di sekolah lama ke sekolah
baru. Jika terdapat keadaan di mana buku-buku teks dan buku aktiviti yang
diterima di sekolah asal tetapi tidak digunakan di sekolah baru, maka murid
hendaklah memulangkan buku teks tersebut ke sekolah asal yang akan diuruskan
oleh pihak sekolah baru.
3. Murid
yang mendapat buku teks secara rayuaan (Bukan Warganegara) dikehendaki
memulangkan semua buku teks yang diterima disekolah asal dan boleh membuat
rayuan di sekolah yang baru.
PENYIMPANAN
1. Semua
buku teks hendklah dibawa pulang ke rumah pada setiap masa dan murid tidak dibenarkan
meninggalkan buku teks di merata tempat di sekolah kecuali dengan arahan guru.
2. Murid
hendaklah meletakkan buku teks di dalam beg sekolah dengan cara yang betul
iaitu kedudukan menegak.
3. Semasa
di rumah semua buku teks hendaklah disimpan di tempat yang sesuai, selamat dan
mudah dikendalikan.
Tqvm 4 the sharing .... amat mebantu terutamanya sebentar td di mana ad-hoc ditanya pihak sekolah
ReplyDelete